setelah beberapa hari final exam berakhir, sebelum balik ke rumah, aku tgk sebuah citer korea..tibe2 masa tgk tu, entah la kenapa,air mata aku laju je mengalir, scene yang wat aku menangis tu masa sorang anak ni sedar yang dia tak ada masa yang lama lagi untuk hidup ngan mak dia, sebab mak dia sakit kanser.. so dengan baki-baki masa yang ada, die rasa menyesal sebab sebelum ni dia tak pernah rasanya ada kenangan yang indah dengan mak dia..dan tak banyak cipta kenangan yang indah ngan mak dia..dan pada masa ni lah dia rasa dia nak cover semula kekurangan tu..
maybe kalau orang lain yang tengok, tak rasa pape kot..tapi entahlah,mungkin aku ni extra sensitif kalau bab macam ni..so aku rasa tersentuh sgt..sebab aku rasa diri aku sendiri,apa yang aku ada buat untuk ayah aku? selama 20 tahun aku dipinjamkan seorang ayah, berapa banyak kenangan yang aku cipta dengannya compare dengan kesusahan dan kepayahan yang aku buat..memang susah nak terangkan apa rasa dalam hati,sebab hanya yang tahu akan faham..berapa banyak yang aku emmbanggakan ayah aku, berbanding buat dia marah..dan aku tanya diri aku, kenapa kau tak sedar awal-awal yang aku tak punya banyak masa ak membahagiakan dia..dan aku terus tanya diri aku kenapa dan kenapa dan kenapa..
Kalau aku tau aku takkan diberi begitu banyak peluang,aku mesti cipta banyak kenangan..kenangan yang indah2..ambik gambar banyak2, takkan lepaskan tangan..takkan menolak apa-apa pun..dan sekarang aku dah kehilangan peluang tu, dan betapa aku sangat rasa bodoh dan tak menghargai oelaung yang dah diberi dulu..hanya kerana andai aku tahu peluang tu bukan selalu datang..aku rasa skit sgt-sangat,mcm ada sembilu yang menghiris ati aku..aku takt,aku takut aku akan ulangi lagi kekesalan aku..keeksalan aku yang paling besar dalam idup ni sebab aku dah sia-siakan peluang..aku tak gunakan peluang tu dulu tuk nyatakan betapa aku sgt2 sayangkan dia..sygkan dia sungguh2 ati aku..sygkan dia umpama darah yang mengalir, sentiasa,tak pernah berhenti..aku sia-siakan masa yang ada untuK ceritakan apa yang aku nak buat, aku tak pernah ambik peluang untuk peluk dia erat2, peluk dia kemas2, x nak lepaskan..aku tak prnah luahkan yang aku begitu menghargai dia seumur idup aku..aku terlupa yang aku tak punye banyak waktu untuk emncipta segala kenangan yang indah-indah..Ssampai satu ketika, aku baru sedar yang aku tak ada banyak kenangan yang boleh melepaskan rindu..dan yang aku terkilan sangat,seingat aku, hanya ada tak sampai lima keping gambar yang aku tangkap bersama-sama..kenapa aku tak sedar nak cipta sesuatu yang indah, hadiahkan sesuatu yang bermakna..seheali baju batik yang aku belikan, yang dia pakai dulu, yang masa aku hadiahkan sempena biasiswa pertama aku, dia cakap kenapa beli,mahal ni..nanti dah keje baru la belikan..aku takkan lupa kata-kata tu, dan walaupun aku bersyukur sebab aku pernah bagi sesuatu,tapi aku terkilan,kenapa aku tak hadiahkan lebih dari itu..sebab rupanya aku tak ada peluang utk beri yang lain bila aku keje..
Dan aku terkilan tak pegang tangannya kemas-kemas, tak masakkan dia yang sedap-sedap, tak peluknya kejap-kejap..betapa banyak aku merungut, membantah...dan banyak salah dan silapku..terlalu banyak..dan sekarang baru aku sedar, aku teramat sangat rindu mendengar suaranya, even utk dengar dia marah pun aku sanggup..sebab suara tu lah suara paling merdu yang Allah bagi pada aku..yang Dia pinjamkan dan Dia ambil semula sebab kasih sayangNya..
Aku terkilan segala-galanya..aku rasa terhutang denga air mata gembira dan sedihnya..ingat lagi aku masa aku dapat tawaran ke U. ayah aku yang paling gembira..tapi aku juga takkan lupa pelukan dan air matanya waktu tinggalkan aku untuk belajar, keraskan hati lepaskan aku sambung belajar jauh dari family, dan pesanan akhirnya suruh aku belajar dan jangan risaukan dia..
Masa kali pertama dia sakit, aku ada final exam masa tu..aku ingat lagi aku menangis sebab aku risaukan dia, tapi Allah je tahu macam mana ayah aku tahan rasa sakit, buat suara ceria bagitau yang dia dah sihat,semata-mata nak tenangkan hati aku..sebab dia tak nak tengok aku menangis..still memujuk aku buat yang terbaik, tak apa kalau gagal asalkan dah beri dan usaha yang terbaik..dan aku sangat rindui kata-kata nasihat tu sekarang..sangat,sangat rindu..
Yang paling aku rasa kehilangan ialah aku tak dapat panggil sesiapa lagi sebagai ayah..rasa perit bila Allah ambil balik nikmat yang amat besar ini..tiada lagi tangan ayah yang nak dikucup mohon restu..tak ada lagi rasa semangat dari seorang ayah..yang bila aku ingat tentang ni, rasa macam separuh hati aku hancur berkecai..buat aku rasa tak dapat nak berdiri, aku rebah..dan ada kalanya aku kena membayangkan yang dia ada lagi di sisi aku, buat aku rasa hangat dengan kasih sayangnya..buat aku mampu teruskan langkah..
Mak, sebenarnya tak cukup ucapan terima kasih dari anakmu ni..mak usaha sedaya upaya,malah lebih dari apa yang sepatutnya untuk gantikan tempat ayah..mak kuatkan langkah,mak tabahkan hati walaupun aku tahu dalam hati mak pedih umpama dihiris-hiris..mak usaha agar kami masih dapat seperti orang lain yang ada kedua ibu bapa..mak tak biar kami rasa kehilangan dan kekurangan..terima kasih mak..terima kasih..
Buat yang masih ada kedua ibu bapa, cintailah mereka sungguh2..ciptalah kenangan yang terindah, bahagiakan mereka..sebab aku tak nak orang lain rasa macam apa aku rasa..cukuplah aku rasa macam ni..sebab pedihnya hati tak ada ubatnya..