Photobucket

aku tak akan menunggumu lagi..  

Posted by: Princess of family's heart, Queen of Someone Heart..(u_u)

terima kasih buat "seseorang" yang tidak jemu-jemu membuatkan aku menanti dan menunggu..penantian aku untuk "dia"memastikan apa yang berada di dalam hatinya bukanlah sekejap..3 tahun lebih aku menunggu..dan terus menunggu..dan sampai satu masa, satu ketika..aku tahu yang aku tak akan menunggu lagi..sampai tahap ini, aku rasa cukuplah selama ini "dia" membuatkan aku sentiasa menunggu..bukan sekali,bukan dua kali, malah bertahun..jadi kepastian apa lagi yang aku nak tunggu.jawapannya ada dalam kebisuan ini..terima kasih sebab berjaya membuatkan aku menanti dengan penuh setia..dan untuk keberapa kalinya..aku tak mahu menunggu lagi.biar apa pun jawapannya,hati aku sekarang terasa lega setelah aku memutuskan tak nak menunggu..

kepada "seseorang" yang aku pernah sayangi,dan kini masih lagi dalam ingatan aku, maafkan aku jikalau keputusanku untuk menjauhkan diri menyebabkan hatimu sakit..sebab hatiku berganda-ganda sakitnya dari hatimu..terima kasih..

cerita tentang hidup  

Posted by: Princess of family's heart, Queen of Someone Heart..(u_u)

hidup ni ada suka dan dukanya..hidup tak pernah gembira sentiasa. sampai masa derita datang bertandang, datang menyinggah..walau kejap,walau sikit, tapi mesti akan tiba juga..hidup ni kene banyak bertimbang, kena banyak bersabar..kena kuat semangat..ada orang yang hidupnya tak banyak yang perlu difikirkan, hidupnya nampak teratur dan mudah..ada pulak orang yang hidupnya penuh air mata..ada jugak yang terpaksa menyembunyikan kegalauan jiwa di sebalik senyum tawa..macam-macam..dan aku sendiri, yang kau tahu aku bukan lah insan yang dapat terus mengatur langkah dan fikirkan diri sendiri..aku ada pertimbangan yang aku wajib buat..aku ada insa-insan lain yang sangat memerlukan aku..yang aku sendiri sangat sayang dan aku rela buat yang terbaik untuk berkorban dan membahagiakan mereka..dan banyak masanya yang aku terlalu ingin menangis,tapi aku tahan air mata, aku tahan hati aku, aku kuatkan semangat aku,aku kemaskan kekuatan aku..sebab aku tahu yang aku kena kuat hadapi segalanya..walau betapa susahnya dan berat apa yang aku perlu pikul di bahuku, tapi aku tak nak menyerah..aku ada tanggungjawab yang besar pada keluarga yang sangat-sangat aku cintai melebihi diri aku sendiri..aku ada harapan dan impian yang aku akan usahakan sampai habis daya aku..dan kalau aku masih nak menangis, aku tak akan jadi kuat..aku kena berusaha hingga sehabis usahaku..sebab dalam hati aku,aku paling bahagia melihat senyuman dan tawa mak dan keluarga aku..tak ada kegembiraan lain yang paling berharga dalam hidup aku selain daripada ini..dan yang paling mengautkan hati aku da semangat aku ialah aku tahu dan yakin DIA akan membantu dan melindungi kehidupanku dan keluargaku..dan pada DIA aku mohon dipermudahkan segalanya..Amiin